Skip to main content

Posts

Sudah 3 bulan sejak norma baharu berlalu.

Aku percaya, apa yang dilaksanakan kini akan terus berkekalan. Ramai yang akan bersetuju dengan apa yang aku katakan kini. Bukan nya apa, hidup memang perlu ada sistem. Ada yang mengatakan hidup ni singkat, enjoy dan buat je apa yang kau suka, biarpun ia melanggar undang- undang. Tidak bagiku. Pasti semua yang ada di dalam dunia ini wujud kerana ada sistem mereka yang tersendiri. Sistem solar dengan aturannya, jalanraya dengan aturannya, urusan perbankan dengan sistem mereka. Jadi percayalah, agama juga merupakan satu sistem kehidupan bagi pengamalnya dan penganutnya. Islam juga mempunyai satu sistem yang merangkumi segala aspek kehidupan kita. Sekolah sudah masuk bulan ke 3 semenjak norma baharu dilaksanakan dan aku bersetuju dengan cara ini. Tiada murid lepak lepak di kantin, membawa rombongan ke tandas, kehilangan duit belanja kerana kecurian, dan banyak masalah sosial dan disiplin selesai begitu sahaja. Ambil iktibar, semua ini ada hikmahnya.
Recent posts

Norma Baharu

Hidup sudah berubah. Lebih lebih bagaimana caranya kita sebagai guru akan menghadapi sesi persekolahan dengan norma baharu yang tampak tidak logik di akal fikiran. Mengawal murid murid kecil supaya mematuhi penjarakkan sosial. Tapi jangan risau, anda semua Murabbi yang hebat. Semua ini akan dipermudahkan olehNya. Bertawakkal, sentiasa patuhi SOP dan jangan lupa sentiasa berdoa. Kita menghampiri kiamat.

Lama dah tak menulis, ini coretan untuk bakal bapa sekalian.

Lama dah tak menulis, kalau tulis pun siapa aje yang baca bukan? Ini hanyalah coretan hatiku, yang mana ia tidak pernah berkait dengan mana mana manusia dalam dunia ini. Kalau ada persangkutpautan, maknanya, orang itu penting dan memang memainkan peranan. Hati makin berdebar, saat bergelar seorang ayah. Hanya satu je yang aku nak pesan, bagi bakal bapa di luar sana, tetapkan motivasi diri, cari rezeki dengan apa cara sekalipun, dan teruskan mengumpul duit. Perkara kedua, kau dah tak boleh fikir pasal diri sendiri sahaja. Ia melibatkan anak yang akan meneruskan legasimu di satu masa nanti. Kalau dulu, bila ke shopping mall, beli kasut dan baju untuk diri sendiri. Tapi apabila kita bakal bapa menanti anak yang bakal lahir kelak, asyik memikirkan cukup tak barang yang aku dah sediakan ni? Yang ketiga dan terakhir, banyakkan berdoa dan solat. Ia penting untuk memberi motivasi secara rohani kepada kita dan isteri. Bakal bapa juga harus banyak membaca info tentang bakal anak yang akan l

Meniti hari menjadi seorang bapa

Alhamdulillah, aku diberi rezeki oleh Nya di mana berita gembira mengenai isteriku mengandung amat aku syukuri. Yang penting, di sini tanggungjawab aku sentiasa diuji. Sepanjang trimester pertama, nak menangis aku tengok isteri setiap kali lepas sahur atau berbuka (masa kandungan dua bulan, dalam bulan Ramadhan) mesti beliau akan muntah teruk sampai bila masa appointment ni Klinik Desa, turun 3 kg. Nurse tak marah cuma sudah dipesan berkali kali, "nasib baik bulan puasa, kalau tak memang teruk awak kene marah ni". Isteri aku ni pulak memang seorang yang agak clumsy dan comel, jadi dia dah bagitau siap siap, "nurse janganlah marah saya, saya takut". Dan respon nurse tu "'tak pernah lagi ada orang bagitau kami yang mereka takut nurse, comel sangat awak ni". Aku cuma dua kali je berkesempatan teman isteri untuk check up di klinik perihal kandungan beliau. Doakan aku diberi peluang lagi. Sebab semua appointment beliau hari Rabu. Macam mana nak pergi? Ke

Kondem saja pandai, cuba la buat

Mana mana politik dunia ni, tak kira lah ianya sebuah organisasi besar seperti sebuah negara, negeri ataupun koperasi sekolah, tetap ia punya politik tersendiri. Aku ada platform ini, sebuah 'base' untuk menulis dan sentiasa mencurahkan apa saja yang ada dalam kepala ni, sebab otak aku tak boleh simpan banyak banyak memori dan pandangan peribadi. Sekolah, sebuah entiti terpenting dalam masyarakat dan negara. Membentuk generasi pemimpin negara. Pemimpin negara bukan nya semestinya akan jadi menteri atau orang tertinggi. Yang akan mengambil tampuk kerja kita di masa hadapan semuanya alan kadi pemimpin. Guru besar, kalau tak boleh nak pegang tampuk pimpinan sebuah sekolah, mintak pindah. Kalau masalah tak boleh diselesaikan, jangan ditambah dengan masalah. Tak akan tertutup lubang kalau ia dikambus dengan digalinya lubang lain.

Guru Besar, besar di kuasanya dan kedudukannya atau hanya sekadar nama?

Aku punya seorang ketua. Yang pada mulanya, biasa biasa sahaja bila masuk ke sebuah organisasi digelar sekolah ini. Tapi apabila menginjak masuk tahun kedua, dia mula tunjuk perangai bossy nya. Susah nak cuti. MC pun dipertikai sedangkan sakit itu memang benar. Tapi, jika seorang yang rapat benar dengan nya, tak minta cuti pun diberinya cuti. Dengan izin Allah, aku harap dia dapat rasa penderitaan yang di sebabkan pada semua orang bawahannya. Bila aku tahu dia tak luluskan permohonan pertukaran walau seorang guru pun di sekolah ini, maksudnya dia yang bermasalah. Nak takut pada soalan Allah atau pada soalan PPD?

Berita Gembira

Alhamdulillah. Dah masuk 9 minggu and InsyaAllah dalam bulan 12 ni boleh dah mula panggil 'papa Im' atau 'daddy Im'. Inilah anugerah terindah seorang lelaki berkahwin boleh terima dan terima kasih Allah di atas rezeki ini. Daripada segi pjj, aku rasa ia agak menyeksa daripada segi mental dan fizikal. Ye la mana tak nya, isteri kena ulang alik check up di klinik kesihatan seorang diri. Dan hanya boleh tahu update tahap kesihatan beliau dan kandungan melalui telefon atau mesej. Tak ke sedih tu? Tapi aku percaya, akan ada sinar bahagia dan rezeki lain yang akan Allah berikan.